Tuesday, July 2, 2024
26.7 C
Brunei

    -

    Usaha lahirkan generasi celik Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Sebagai wadah bagi memastikan murid-murid dapat mengkhatamkan Al-Quran sebelum menamatkan pembelajaran di sekolah agama dalam Darjah 6, sekolah-sekolah agama di negara ini giat melaksanakan majlis khatam Al-Quran.

    Ke arah itu, Sekolah Ugama Katok (bangunan sekolah menengah) telah meraikan seramai 57 orang pelajar Darjah 6 yang telah berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran 30 juzuk pada majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di sekolah berkenaan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengetua Sekolah Menengah Katok, Dayang Penroose Saleha binti Haji Mohd Salleh yang kemudiannya turut merenjis minyak wangi dan menyampaikan sijil khatam kepada murid-murid yang diraikan.

    Dalam pada itu, Sekolah Ugama Mabohai pula telah meraikan seramai 31 orang murid Darjah 6 pada majlis serupa yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Mabohai.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Ketua Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Hajah Noor Rasidah binti Haji Sharbini.

    Salah seorang pelajar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah yang diraikan menerima sijil khatam Al-Quran. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Tetamu jemputan merenjiskan minyak wangi kepada salah seorang pelajar Sekolah Ugama Katok yang diraikan. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Para pelajar Sekolah Ugama Mabohai yang diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    GAMBAR SERAHAN KHEU

    Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop (sesi pagi) juga mengadakan majlis seumpamanya bagi meraikan seramai 22 orang murid di dewan serba guna sekolah berkenaan.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Penolong Pengarah Eksekutif (Pengawalseliaan 1), Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), Dayang Yulia Qidzura binti Haji Mohd Yussin.

    Manakala itu, pagi tadi, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan meraikan seramai 210 orang pelajar perempuan Sanah 6 yang turut serta dalam majlis khatam yang diadakan di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Pengajian Islam, KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar.

    Majlis-majlis khatam berkenaan merupakan acara tahunan bagi menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran di samping sebagai galakan bagi murid-murid dalam membudayakan dan mengamalkan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar...