KUCHING, 8 OGOS – Usaha Malaysia untuk melesenkan platform media sosial telah mendapatkan perhatian beberapa buah negara yang menyatakan minat untuk menuruti langkah berkenaan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Beliau berkata, badan kawal selia komunikasi United Kingdom (UK), Ofcom, menjadi antara yang menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaksanaan