Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha memajukan 3 blok minyak dan gas

    BAGHDAD, 4 Jun – Kementerian Minyak Iraq semalam menandatangani kontrak dengan Syarikat Crescent Petroleum Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi cari gali minyak dan memajukan tiga blok minyak dan gas berdekatan dengan sempadan timur dan selatan Iraq.

    Tiga blok itu adalah Kilabat-Gumar dan Khashim al-Hmer-Injana, di wilayah Diyala di timur Iraq dan Khudhr al-Maa di wilayah Basra, di selatan Iraq, menurut Abdul-Mahdi al-Amidi, ketua pengarah Jabatan Kontrak dan Lesen Petroleum.

    Kontrak awal akan dihantar ke Majlis Menteri-menteri, diketuai oleh Perdana Menteri Haider al-Abadi, bagi kelulusan sebelum penandatangani akhir, kenyataan kementerian itu memetik Amidi sebagai berkata.

    Sementara itu, Menteri Minyak Iraq Jabbar Luaibi berkata Iraq telah memulakan fasa baharu dalam memajukan padang minyak di kawasan-kawasan sempadan untuk menambah simpanan minyak dan gas negara itu.

    Luaibi menyatakan “Kontrak seumpama itu adalah pelaburan optimum bagi kekayaan minyak dan gas di padang minyak ini dan blok-blok cari gali di kawasan sempadan yang telah diabaikan selama berdekad-dekad.”

    Abdulla al-Qadhi, pengarah eksekutif cari gali dan penghasilan di syarikat Crescent Petroleum berkata blok-blok akan memulakan penghasilan dalam tempoh tiga tahun selepas kontrak ditandatangani dan syarikatnya akan melabur dalam simpanan gas bersekutu dan bukan bersekutu selain dari mengeluarkan minyak mentah. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda