Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha menambah bekalan darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Dalam usaha menambah jumlah bekalan darah, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) telah mengadakan kempen derma darah semasa Bazar Awal Tahun 2017 anjuran Majlis Perundingan Kampung Kilanas, hari ini.

    Semasa kempen tersebut, Eksekutif Pemasaran di JPMC, Dayangku Azimah binti Pengiran Azahari yang mengetuai rombongan itu menjelaskan, penyertaan JPMC di bazar berkenaan adalah sebagai sebahagian dari usaha mereka untuk memberi sokongan kepada acara tersebut.

    Ketika mengulas lanjut mengenai jumlah bekalan darah di pusat perubatan itu, beliau menjelaskan bahawa bekalan darah itu bukan saja digunakan untuk pesakit JPMC sahaja malahan ia dibekalkan ke entiti lain seperti Pusat Kanser Brunei dan lainnya.

    “Bagi memastikan bekalan darah mencukupi, JPMC menyeru orang ramai untuk menjadi penderma darah yang tetap,” serunya.

    Beliau juga menjelaskan bahawa JPMC menggunakan alternatif lain untuk menambah jumlah bekalan darah di pusat tersebut iaitu dengan meminta kakitangan mereka menderma di samping menghubungi penderma tetap untuk menderma darah.

    “Selain itu, penyiaran melalui media sosial juga antara langkah pusat tersebut menambah jumlah bekalan darah,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda