Thursday, April 17, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha mencari mangsa gempa bumi Myanmar semakin dikurangkan

    BANGKOK, 8 APRIL – Usaha mencari mangsa yang terselamat daripada gempa bumi dahsyat di Myanmar kini semakin dikurangkan bermula kelmarin, apabila operasi menyelamat digantikan dengan aktiviti bantuan dan pemulihan yang semakin meningkat.

    Angka kematian telah melebihi 3,600 dan terus meningkat.

    Laporan situasi yang dikeluarkan lewat Isnin oleh Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menyatakan bahawa lebih 17.2 juta orang tinggal di kawasan yang terjejas dan memerlukan makanan, minuman, penjagaan kesihatan, bantuan kewangan serta tempat perlindungan sementara dengan segera.

    Di ibu negara Naypyitaw, penduduk dilihat membersihkan serpihan dan mengumpul kayu dari rumah mereka yang rosak dalam hujan renyai, sementara askar membantu mengalihkan runtuhan di beberapa kuil Buddha.

    Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar kelmarin, memaklumkan bahawa pasukan penyelamat telah menemui 10 mayat dari runtuhan sebuah bangunan yang roboh di Mandalay, bandar kedua terbesar di Myanmar.

    Ia juga memaklumkan bahawa pasukan penyelamat antarabangsa dari Singapura, Malaysia dan India telah pulang ke negara masing-masing selepas kerja mencari mangsa yang terselamat dianggap telah selesai. Jumlah pasukan penyelamat yang masih beroperasi di kawasan kediaman Naypyitaw semakin berkurangan. – AP

    Orang ramai membersihkan serpihan dari bangunan yang rosak akibat gempa bumi pada 28 Mac, di Naypyitaw, Myanmar, pada 7 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda