Thursday, December 26, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha mencari remaja lemas diteruskan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP)hari ini meneruskan usaha untuk mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dalam insiden lemas di kawasan Tanjong Maya, Tutong.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP di sini, seramai 12 orang anggota bomba dan penyelamat yang diketuai oleh ABK 177 Francis dari Balai Bomba Tutong Cawangan Operasi E dan Unit Penyelam JBP dikejarkan untuk mencari dan menyelamat remaja tersebut pada jam 11:39 pagi kelmarin di Tanjong Maya, Tutong.

    Semasa tiba di tempat kejadian, mereka mendapati mangsa adalah remaja lelaki dan dipercayai lemas.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak mencari dan menyelamat di kawasan tebing-tebing sungai serta menggunakan Aquatic Search and Recovery Equipment (ASRE) untuk mencari mangsa di dalam air.

    Operasi mencari dan menyelamat diberhentikan dan disambung pada esok pagi memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan namun pemantauan tetap dijalankan.

    JBP menekankan kepada orang ramai supaya memastikan tahu akan keadaan cuaca dari semasa ke semasa, memastikan untuk memeriksa bot mereka sebelum menggunakannya dan jangan digunakan jika ada tanda-tanda kerosakan pada bot mereka dan memastikan untuk sentiasa memakai jaket keselamatan (life jacket) semasa berada di dalam perahu sama ada semasa menjalankan aktiviti-aktiviti memancing atau sebagainya.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa jika berlaku sebarang insiden, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat ketika melakukan kerja-kerja mencari mangsa yang lemas di Tanjong Maya, kelmarin. – Gambar serahan JBP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda