Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha mengekalkan warisan batik Go Tik Swan

    INDONESIA – Jika disebut sahaja nama Go Tik Swan pasti kebanyakan penduduk Indonesia mengetahui bahawa dia sangat akrab dikaitkan dengan batik. Pengusaha terkenal batik tradisi Indonesia itu turut terkenal sebagai Panembahan Hardjonagoro dan tokoh itu terkenal disebabkan oleh pembuatan beberapa koleksi batik dengan lakaran yang menarik dan menakjubkan dan telah bermula sekitar tahun 1950-an.

    Bakat yang ada pada diri tokoh itu tidak dapat dinafikan kerana kebanyakan keluarga tokoh itu sedang sekian lama bergiat aktif dalam pembuatan kain batik malah tokoh berkenaan dikatakan berasal dari keturunan Cina dari Surakarta, Jawa Tengah Indonesia. Apa yang menarik juga mengenai Go Tik Swan ialah prinsip dirinya yang selalu menyelidiki budaya dan kesenian jawa dan semangatnya itu diolah dalam satu pembuatan kain batik.

    “Tokoh itu pernah mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang berminat dalam falsafah atau pembuatan kain batik khususnya dalam budaya Indonesia, anda sebaiknya perlu belajar dan mendalami pelbagai aspek budaya Jawa yang lain, seperti tarian, puisi, nyanyian dan amalan-amalan budaya yang lain,” kata Sri Sintasari Iskandar, kurator pameran batik yang bertajuk ‘Nunggak Semi’ di Tekstil Muzium di Tanah Abang, Jakarta yang mana pameran ini turut memaparkan koleksi batik Go Tik Swan sehingga 12 November ini.

    Sebelum ini, Sri pernah berpeluang untuk mempelajari seni batik dari maestro itu sendiri dan mengatakan bahawa Go Tik Swan sering menggunakan pelbagai ukiran dan lakaran yang menarik serta menakjubkan namun masih melambangkan budaya Indonesia malah apa yang penting, tokoh itu percaya bahawa setiap motif kain batik itu mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri.

    Mementingkan hasil seni

    Disebabkan oleh prinsip kendirinya yang terlalu mementingkan hasil seni membuatkan Go Tik Swan sangat dikenali khususnya di seluruh Indonesia. Selain bergiat aktif dalam penghasilan seni batik, Go Tik Swan turut aktif dalam bidang budaya seni yang lain seperti menari tradisi Jawa, gamelan dan juga pakar kebudayaan Jawa khususnya ketika dia sedang mempelajari kesusasteraan Jawa Kuno di Universitas Indonesia. Disebabkan oleh kepakarannya dalam bidang seni budaya, Go Tik Swan terus diberikan gelaran sebagai Panembahan Hardjonegoro yang diberikan oleh Kesultanan Surakarta.

    Kegemilangan Go Tik Swan bermula apabila kebanyakan karya seninya itu mula mendapat tempat di mata presiden pertama Sukarno semasa pertengahan tahun 1950-an di mana ketika itu, Sukarno meminta Go Tik Swan untuk mengukir satu batik Indonesia yang terkenal sebagai satu simbol kecantikan batik dan juga budaya Indonesia tanpa ada keterbatasan budaya mahupun norma klasik.

    Berikutan permintaan itu, Go Tik Swan memulakan perjalanan untuk mencari idea dan telah bekerjasama bersama Walter Spies, seorang seniman Jerman yang tinggal di Bali sebelum mematuhi permintaan presiden pertama Indonesia itu.

    Sri turut menambah bahawa Go Tik Swan kemudiannya membuat beberapa koleksi Batik Indonesia yang mana menggabungkan unsur-unsur dan gaya Surakarta dan Yogjakarta dengan corak batik pesisir yang berwarna-warni. Dianggarkan sekitar 80 kain batik dari tokoh berkenaan telah dipamerkan di muzium tersebut. Pengunjung akan berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat gaya dan motif yang pelbagai.

    Terdapat juga motif ukiran budaya Bali, iaitu sebuah lakaran motif klasik yang dinamakan sempena melodi gamelan cara balen untuk mengalu-alukan tetamu dari pihak kerajaan. “Ia merupakan satu jenis kain khas kerana ia dibuat sendiri oleh Go Tik Swan,” kata pereka terkenal, Didi Budiardjo, yang mana koleksinya juga dipamerkan di muzium berkenaan.

    Pameran itu turut membentangkan dua helai kain batik khusus yang dibuat untuk Sri Susuhunan Pakubuwono XII, Istana Surakarta sebagai satu hadiah sempena ulang tahun ke-32 penobatannya. Dinamakan Tumurun Sri Narendra, batik Go Tik Swan berjaya menawan mahkota dan simbol-simbol dunia terutama dalam institusi beraja di negara itu.

    Kegemilangan Go Tik Swan bermula apabila kebanyakan karya seninya itu mula mendapat tempat di mata presiden pertama Sukarno.
    Bakat yang ada pada diri tokoh itu tidak dapat dinafikan kerana kebanyakan keluarga tokoh itu sedang sekian lama bergiat aktif dalam pembuatan kain batik.

    Atas permintaan pencinta batik, derivatif mereka telah dibentuk, yang dipanggil sebagai Kusuma Sri Narendra. Hanya sekitar 64 berjaya dihasilkan namun tidak dihasilkan lagi, kini bahan itu menjadi milik para pengumpul tegar seperti Didi dan juga Sri.

    Zaman kegemilangan

    Semasa tempoh 1950 hingga 1970 merupakan zaman kegemilangan Go Tik Swan. Dia begitu fokus dan tenggelam dalam pembuatan kain batik sehingga dia membuat pelbagai motif yang dipanggil sebagai Kembang Bangah (1970) sebagai satu bentuk protes terhadap sikap yang tidak peduli terhadap generasi muda juga juga terhadap budaya kebangsaan.

    Sri turut berkata bahawa selain motif baru, Go Tik Swan juga menafsirkan corak-corak klasik. “Dia membuat motif parang sedemikian rupa untuk menghasilkan ilusi optic. Dia juga menarik motif itu kepada rekaan yang lain,” kata kurator itu lagi kepada media. Sri turut memiliki sebuah galeri batik di Jakarta Selatan.

    Kedua-dua penggemar seni, Didi dan juga Sri memuji Go Tik Swan sebagai maestro batik Indonesia. Malah, pereka busana batik, Iwan Tirta dan stylist batik, Obin pernah menjadi protégé.

    Walaupun reputasinya sudah menurun, Go Tik Swan tidak pernah marah apabila motifnya ditiru oleh pembuat batik yang lain dengan syarat produk itu tidak dicap sebagai Go Tik Swan. “Dia berkata tiruan itu meluas namun sekali gus ia akan menjadikannya lebih terkenal,” tambah Sri mengakhiri temu ramah bersama media. – JP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda