Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 2 Okt – Dalam usaha untuk memberikan kesedaran kepada orang-orang kampung akan pentingnya menjaga kebersihan di kawasan rumah masing-masing, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Mumong telah mengadakan kerja bergotong-royong membersihkan kawasan kampung tersebut kelmarin. Ketua Kampung Mumong, Haji Mohd Yusof bin Dulamin memberitahu kempen gotong-royong itu diadakan bersempena dengan