Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha menyelamat diteruskan, tanah runtuh korbankan sekurang-kurangnya 16

    RAIGAD, 21 JULAI – Usaha menyelamat disambung semula hari ini selepas terhenti semalaman di negeri Maharashtra barat India di mana tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, dengan ramai lagi dikhuatiri terperangkap di bawah serpihan, kata pegawai.

    Puluhan penyelamat dan pengembara terlatih telah dikerahkan untuk mencari orang yang terperangkap oleh tanah runtuh, yang berlaku lewat malam Rabu, timbalan ketua menteri negeri Devendra Fadnavis tweet.

    Keadaan cuaca buruk telah menghalang usaha menyelamat dan pihak berkuasa telah menghantar pasukan perubatan untuk membantu mangsa yang cedera, tambahnya.

    Operasi pencarian dihentikan semalam berikutan hujan lebat serta ancaman tanah runtuh lagi dalam gelap, kata satu kenyataan Pasukan Tindak Balas Bencana Negara.

    Walaupun 75 orang telah diselamatkan, ramai yang lain masih tersepit, kata seorang pegawai kepada agensi berita Press Trust of India.

    Tanah runtuh melanda perkampungan Irshalwadi di daerah Raigad dan menimbus 17 daripada 50 rumah di sana.

    Keadaan muka bumi berbukit menyukarkan tugas penyelamat kerana peralatan berat untuk mengalihkan runtuhan tidak dapat dialihkan dengan mudah. Dari dasar bukit, ia mengambil masa kira-kira satu setengah jam untuk sampai ke Irshalwadi kerana ia tidak dihubungkan dengan jalan berturap.

    Jabatan cuaca India meletakkan Maharashtra dalam keadaan berjaga-jaga kerana negeri itu dilanda hujan tanpa henti minggu ini. Hujan lebat telah mengganggu kehidupan ramai di negeri itu, termasuk di ibu negara, Mumbai, di mana pihak berkuasa menutup sekolah, kelmarin.

    Perkhidmatan kereta api tempatan telah terganggu dengan air mengalir di dalam stesen dan di atas landasan, lapor media tempatan. – AP

    Pasukan penyelamat bekerja di tapak tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di daerah Raigad, barat negeri Maharashtra, India, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda