WELLINGTON, New Zealand – New Zealand telah menetapkan sasaran matlamat alam sekitarnya yang bercita-cita tinggi itu berbanding menghantar manusia ke bulan: menghapuskan segala tikus-tikus, oposum dan stoat yang ada di negara itu.
Idea ini adalah untuk memberi peluang kedua kepada burung-burung tertentu yang pernah menguasai negara Pasifik Selatan itu. Apabila New Zealand terpisah dari benua mega Gondwanaland pada 85 juta tahun yang lalu, mamalia pemangsa tidak berkembang. Ini membolehkan burung-burung untuk membiak.
Maka dengan kedatangan manusia, telah membawa pemangsa tersebut dengan mereka. Tikus-tikus disimpan jauh di kapal-kapal. Ahli peneroka telah memperkenalkan binatang oposum bagi perdagangan bulu binatang dan juga binatang stoat bagi mengawal arnab-arnab. Binatang perosak itu telah memusnahkan habitat-habitat hutan dan memakan burung-burung dan juga telurnya. Lebih daripada 40 spesies burung mati dan ada yang lainnya terus diambang ancaman, termasuklah burung kiwi yang ikonik.
Kini orang ramai mahu mengembalikan zaman gemilang itu. Namun ia adalah suatu rancangan yang dianggap mustahil. Bagaimanakah anda membunuh berjuta-juta binatang perosak di seluruh negara itu yang mempunyai saiz seperti United Kingdom?
Saintis ada bercakap mengenai misi dari segi ketenteraan: membasmi binatang perosak di bahagian semenanjung negara itu dan kemudian bergerak maju di barisan hadapan dari sana; membangunkan perangkap-perangkap baru dan senjata genetik; sepertinya memenangi hati dan minda kanak-kanak dan petani.


Suatu momentum kian berkembang lima tahun lalu apabila ahli sains terkemuka di negara ini, Sir Paul Callaghan, menyampaikan ucapannya yang penuh perasaan. Apabila berbincang mengenai warisan, katanya, England mempunyai Stonehenge, China dengan Tembok Besarnya, Perancis dengan lukisan gua Lascauxnya. Jadi apa yang membuatkan New Zealand unik, tanya beliau? Burung tersebut.
Callaghan telah menderita akibat kansernya dan hampir tidak boleh berdiri lagi. Namun dengan ucapannya yang menggariskan visi bebaskan-pemangsa, dan menyatakan ia boleh diinspirasikan dengan usaha untuk mencapai bulan dan bagaimana menyelamatkan burung-burung boleh menjadi sebahagian program Apollo New Zealand yang tersendiri. Beliau kemudiannya meninggal dunia sebulan kemudian dan visi beliau semakin berkembang.
Sembilan bulan lalu, ia menjadi dasar rasmi kerajaan. Kemudian Perdana Menteri John Key mengumumkan satu matlamat untuk menghapuskan binatang perosak menjelang tahun 2050, menggelarnya sebagai ‘projek pemuliharaan yang paling bercita-cita tinggi yang pernah dilakukan bagi mana-mana negara di dunia ini.’
Matlamat itu telah diterima pakai bagi kebanyakan orang, walaupun penyokong kuatnya berkata ia akan memerlukan pencapaian kajian saintifik. Sesetengah pengkritik bertelagah bahawa rancangan itu juga perlu menyasarkan terhadap kucing liar dan juga tikus-tikus. Yang lain berkata bahawa usaha itu tidak mencukupi dana dan ia adalah suatu cita-cita yang begitu tinggi.
“Ia adalah satu sains fiksyen fantasi,” kata Wayne Linklater, seorang ahli biologi hidupan liar di Universiti Victoria di Wellington. “Ia benar-benar mengganggu kita dari beberapa perubahan besar dan kemajuan yang boleh kita lakukan terhadap biodiversiti dan alam sekitar pada masa ini.”
Bilangan binatang perosak di New Zealand adalah sangat besar berbanding jumlah penduduk manusianya iaitu hampir lima juta. Jumlah binatang oposum pada tahun 2009 adalah dianggarkan dalam 30 juta. Ahli-ahli sains tidak dapat meneka mengenai jumlah tikus di sana kerana bilangan binatang itu yang sering turun naik.
Setakat ini, pihak kerajaan hanya komited memperuntukkan beberapa puluh juta dolar terhadap projek itu, yang mana dianggarkan bernilai berbilion-bilion dolar. Para pegawai menyatakan bahawa lebih banyak wang akan diperolehi dari pihak berkuasa tempatan dan para dermawan.


Ramai yang tidak mahu menunggu perkara itu. Di sepanjang sebuah denai hutan popular, 10 minit pemanduan dari kesibukan pusat Wellington, Jonathan Moulds berehat sebentar dari lariannya untuk memanjat naik di sebuah tebing sungai dan memeriksa perangkap tikus.
Beliau adalah antara 50 penjerat sukarela yang menggabungkan kawalan binatang perosak ke dalam senaman rutin harian mereka di Polhill Reserve. Kebanyakan daripada mereka ini terinspirasi pada tiga tahun lalu selepas burung asli tempatan yang jarang ditemui telah pupus dari kawasan itu pada abad yang lalu. Namun kini ia cuba untuk membiak lagi semula di sana.
Paul Ward, yang mengetuai kumpulan sukarelawan, telah menyenaraikan burung-burung yang telah meresap ke dalam budaya negara itu, dari anugerah muzik asli yang dinamakan bersempena ‘boisterous tui’ sehinggalah nama samaran bagi masyarakat New Zealand: kiwi (burung).
“Ia mengenai menjaga identiti kita sebanyak yang boleh seperti kita menjaga terhadap burung-burung ini,” katanya.
Syarikat Goodnature dari Wellington cuba mencipta inovasi mereka tersendiri. Ia telah membangunkan sebuah perangkap yang menggunakan tekanan karbon dioksida untuk mengset semula dirinya. Ditinggalkan bersendirian, satu perangkap boleh membunuh 24 ekor tikus dalam masa lebih enam bulan.
Robbie van Dam, pengasas syarikat, berkata ia telah menjimatkan perbelanjaan dari segi kos penyelenggaraan penjerat, yang mana ia amat berguna di kawasan pedalaman. Van Dam berkata syarikat itu kini sedang mengkaji terhadap penggunaan pesawat dron bagi membantu peletakkan perangkap.
Kaedah pengawalan binatang perosak telah menunjukkan perbalahan, termasuklah penggunaan racun 1080, natrium fluoroasetat. Para pemburu menyatakan bahawa bahan toksin kadang-kadangnya telah membunuh anjing-anjing mereka, dan kumpulan penyokong haiwan mengatakan ia tidak berperikemanusiaan.
Menteri Pemuliharaan Maggie Barry berkata cara terbaik dalam menghapuskan binatang perosak adalah untuk mengakhiri penggunaan racun toksik. Beliau berkata pembayar cukai dapat menyelamatkan berpuluh-puluh juta dolar setahun dan ia dibelanjakan untuk pengawalan binatang perosak. – AP