Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha pembenihan awan di India gagal

    NEW DELHI, 2 NOV – Usaha India mengurangkan pencemaran udara menerusi teknik pembenihan awan di bandar New Delhi dilihat gagal, apabila saintis dan aktivis mempersoalkan keberkesanan langkah berkenaan.

    Pembenihan awan melibatkan semburan bahan kimia seperti argentum iodida dan garam ke dalam awan dari pesawat untuk menghasilkan hujan, yang boleh membersihkan pencemaran daripada udara.

    Di samping itu, pihak berkuasa Delhi turut bekerjasama dengan Indian Institute of Technology (IIT) Kanpur, bagi memulakan percubaan minggu lalu iaitu dengan menggunakan pesawat Cessna di beberapa bahagian bandar.

    Namun, pegawai berkata, percubaan pertama menghasilkan hujan yang sangat sedikit kerana keadaan awan yang nipis.

    “Ini tidak akan berjaya, ia hanyalah ilusi,” kata seorang aktivis alam sekitar di Delhi, Bhavreen Kandhari.

    “Hanya apabila kita membersihkan sumber pencemaran udara, kita boleh mengawalnya,” tambahnya.

    Menurut media tempatan, pihak kerajaan turut dilaporkan telah mengeluarkan perbelanjaan sekitar AS$364,000 untuk percubaan tersebut.

    Setiap musim sejuk, kabus tebal akan menyekat udara di Delhi dan menjejaskan 30 juta penduduknya dan udara sejuk itu memerangkap pelepasan dari api ladang, kilang dan kenderaan. – AFP

    Para pengendera kereta memandu di tengah kabus tebal di New Delhi pada 21 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda