Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha perangi denggi perlu bermula di rumah

    KANGAR, 9 JULAI – Usaha memerangi denggi perlu bermula di rumah menerusi kesedaran dalam menjaga kebersihan persekitaran dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar rumah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling.

    Gan berkata nyamuk Aedes bertelur dalam air yang bertakung dan cara yang paling berkesan untuk mencegah denggi, terutamanya di dalam rumah adalah dengan memastikan bahawa tiada tempat pembiakan nyamuk serta menjaga kebersihan kawasan sekitar.

    “Bagi memberi kesedaran dan maklumat yang tepat kepada masyarakat, kami di DUN Indera Kayangan mengambil inisiatif mengadakan program gotong-royong bersama komuniti selain mengadakan kempen di media sosial dalam usaha memerangi denggi,”
    katanya kepada Bernama pada Program Mesra Rakyat Taman Kemajuan sempena Hari Belia Negara Malaysia 2023, hari ini.

    Media sebelum ini melaporkan kes denggi di negeri ini membimbangkan apabila 443 kes dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding hanya 16 kes dalam
    tempoh sama tahun lepas dengan peningkatan sehingga 2,668.7 peratus. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda