Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha perangi keganasan satu kewajiban

    DAMSYIK, 31 Ogos – Kementerian Hal Ehwal Luar Syria kelmarin berkata bahawa usaha memerangi kumpulan pengganas di wilayah barat daya Idlib adalah ‘tugas yang tidak dapat dielakkan,’ menurut agensi berita SANA.

    Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata bahawa memerangi anggota pengganas seperti Front Nusra yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan Islamic State (IS) serta kumpulan yang sama juga merupakan tanggungjawab asas negara Syria dan sekutu-sekutunya.

    Ia berkata usaha memerangi keganasan oleh negara Syria sedang dijalankan dalam rangka pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai memerangi keganasan.

    Kenyataan itu dibuat ketika tentera Syria sedang mempersiapkan untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap kubu pemberontak terakhir di Idlib di tengah-tengah amaran daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.

    Ia juga sebagai tindak balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengenai keadaan di Syria. Guterres pada Rabu lalu menyatakan kebimbangan bahawa serangan ketenteraan di Idlib menimbulkan bencana kemanusiaan.

    Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata “Setiausaha Agung sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan senjata kimia tidak dapat diterima sama sekali.”

    Kenyataan mengenai penggunaan senjata kimia telah menimbulkan kemarahan pemerintah Syria, kerana tuduhan tersebut dibawa ke meja rundingan oleh Amerika Syarikat, Perancis dan Britain. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda