Saturday, October 26, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha selamatkan burung terancam Great Indian Bustard di India

    NEW DELHI, 25 OKT – Anak burung Great Indian Bustard telah menetas di India hasil daripada pembenihan secara buatan, satu kejayaan besar di mana ia telah menambah harapan untuk menyelamatkan burung yang hampir pupus itu.

    Bilangan burung yang tinggal di padang pasir, mempunyai ketinggian satu meter itu telah menurun secara mendadak dalam tempoh 25 tahun yang lalu, dengan hanya kira-kira 150 ekor dipercayai tinggal di alam liar.

    Tetapi buat pertama kalinya minggu lalu, seekor anak burung bustard menetas, disokong oleh saintis dari Institut Hidupan Terbiar India, menurut New Indian Express.

    Induk bustard, digelar Tony, bertelur di pusat pembiakan di Rajasthan pada 24 September lalu, dan anak burung yang sihat menetas pada 16 Oktober, kata laporan kelmarin.

    Timbalan Ketua Menteri India, Diya Kumari berkata ia merupakan langkah bersejarah dalam usaha menyelamatkan spesies itu daripada ambang kepupusan.

    Great Indian Bustard merupakan spesies tempatan di Rajasthan, sebuah negeri bersempadan dengan Pakistan yang merupakan lokasi kepada Gurun Thar.

    Namun pembangunan manusia memberikan kesan yang besar terhadap habitat dan populasinya.

    Mahkamah Agung India mengarahkan supaya talian elektrik diletakkan di bawah tanah di zon pembiakan burung utama.

    Bagaimanapun, kerajaan India telah membuat rayuan terhadap keputusan itu dan berjaya membatalkannya, dengan alasan ia akan menghalang sasaran tenaga boleh diperbaharui. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda