Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha tarik pelaburan teknologi kunci tawaran kerja gaji tinggi

    KUALA LUMPUR, 13 JUN – Malaysia menyedari kepentingan usaha untuk terus menarik pelaburan berkualiti serta penghasilan produk yang tepat, terutama dengan kerumitan lebih tinggi bagi menangani risiko pertumbuhan perdagangan.

    Sehubungan itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata adalah penting bagi Malaysia untuk mewujudkan ekosistem sewajarnya yang dapat menarik serta menyokong pelaburan tepat dan memupuk pembangunan industri bagi penge-luaran produk dengan kerumitan tinggi.

    “Ini akan menyumbang dari segi pendapatan eksport lebih tinggi berikutan peningkatan kerumitan eksport dan ekonomi kita.

    “Hanya selepas itu kita dapat mewujudkan kitaran antara tiga elemen utama ekonomi dan boleh mengakui bahawa kita adalah pro-industri, pro-pelaburan dan pro-perdagangan.

    “Selepas itulah baru kita dapat wujudkan pekerjaan berkemahiran dan bergaji tinggi untuk perusahaan kecil dan sederhana serta rakyat,” katanya pada majlis pelancaran Platform Perdagangan Digital Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda