Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha tingkat kecemerlangan pelajar

    Penyampaian  taklimat tentang tatacara PIP Yayasan 2017 oleh Haji Alimas.

    SERIA, 30 Mac – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), hari ini, telah mengadakan Program Motivasi dan Taklimat kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar yang terpilih bagi mengikuti Projek Kelas Tuisyen, Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan bagi Daerah Belait yang berlangsung di Dewan Serba Guna Maktab Anthony Abell di sini.

    Program tersebut merupakan pra-program Projek Kelas Tuisyen PIP yang akan dimulakan pada penggal kedua persekolahan dan seramai 83 orang pelajar Tahun 5, 6, 10 dan 11 telah dikenal pasti dan terpilih untuk menyertainya di dua buah pusat kelas tuisyen di daerah ini iaitu Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar seramai 46 orang dan Maktab Anthony Abell Seria seramai 37 orang. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda