Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha tingkatkan sekuriti makanan digiatkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Tidak dapat dinafikan bahawa isu inflasi atau kenaikan harga barang hangat dibualkan oleh orang ramai terutama semasa COVID-19.

    Dalam perkara itu, terdapat dua kebimbangan utama iaitu harga dan ketersediaan bekalan di mana semasa penularan COVID-19, kita dapat menyaksikan bukan sahaja barang dapat dibeli dengan apa jua harga tetapi ia adalah bergantung pada bekalan.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah ketika menjawab persoalan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim pada persidangan hari ke-5 MMN hari ini.

    Yang Berhormat Pehin Abdul Rahman mempersoalkan tentang penggantungan negara kepada pengimportan makanan dari luar negara serta usaha mengukuhkan sekuriti makanan. Yang Berhormat Dato seterusnya menyatakan, jika dilihat daripada bekalan barangan asasi seperti daging ayam, ikan dan sayur, kita boleh menyaksikan penghasilan barangan berkenaan adalah jauh lebih tinggi daripada sebelumnya.

    Pada masa yang sama, tambahnya, usaha untuk meningkatkan penghasilan berkenaan akan terus dilaksanakan tetapi ia tidak dapat diusahakan bagi setiap barang asasi untuk dihasilkan sepenuhnya di dalam negara.Bagi mengatasi isu sekuriti makanan, Yang Berhormat Dato menerangkan bahawa kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan telah melaksanakan beberapa usaha bukan konvensional bagi menangani isu kos dan ketersediaan bekalan.

    Pada masa ini, ada beberapa perundingan dengan syarikat-syarikat di luar negara untuk membuat perbincangan bagi memastikan sekuriti makanan dengan harga yang berpatutan.

    Usaha itu, ulas Yang Berhormat Dato, merupakan alternatif kepada usaha untuk menjamin sekuriti makanan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda