TOKYO, Jepun – Sebanyak separuh daripada penduduk Tokyo tidak mengetahui sukan rasmi antarabangsa dan Paralimpik, yang membimbangkan kesediaan bandar raya itu untuk menerima kedatangan para atlet. Menjelang Sukan 2020, ibu negara Jepun itu perlu mempunyai usaha tertentu.
“Sekiranya Paralimpik tidak berjaya, maka Sukan Tokyo tidak berjaya,” kata Gabenor Tokyo Yuriko Koike kepada AFP dalam temu bualnya baru-baru ini.
Dengan kehadiran penonton yang akan memenuhi ruangan stadium, Tokyo telah memperbaharui infrastrukturnya, menjadikan sistem kereta api bawah tanahnya mesra-kurang upaya dan memastikan hotel-hotelnya boleh dan senang diakses oleh pengguna kerusi roda.
Sementara orang kurang upaya bersetuju bahawa menavigasi bandar raya itu boleh saja menjadi satu cabaran buat mereka yang mengalami ketidaksempurnaan anggota, namun ramai yang mengatakan bahawa kurangnya kesedaran dan pengetahuan mengenainya adalah masalah utamanya.
Dengan kedatangan Paralimpik ini, Jepun sedang menjalankan kempen baharunya mulai dengan program televisyen hinggalah komik Manga, yang bertujuan untuk mengakhiri pengabaian penduduk terhadap mereka yang kurang upaya dan meraikan pencapaian atlet berkenaan.

Yuki Goto adalah salah seorang daripada beberapa pemberita kurang upaya di penyiar awam Jepun, NHK, yang juga berusaha untuk menampilkan atlet Paralimpik dalam program sukan popularnya.
“Saya memohon pekerjaan ini kerana saya menyedari bahawa betapa jahilnya orang ramai terhadap mereka yang kurang upaya, apabila saya datang ke Tokyo,” dari tempat kelahirannya di Gifu, tengah Jepun, berusia 21 tahun memberitahu AFP.
Dia kecewa apabila melihat beberapa penumpang menunjuk kepada mereka yang mengalami kecacatan mental, kerana mereka “bercakap nyaring di dalam kereta api” dan percaya bahawa kempen kesedaran adalah kunci untuk menangani pengabaian ini.
Goto dilahirkan dengan kecacatan pendengaran, tetapi mampu membuatkan dirinya difahami hasil daripada latihan ekstensif sejak dari kecil lagi.
Pada akhirnya, dia berharap untuk memadamkan apa yang dia gambarkan sebagai sempadan halimunan antara mereka yang sempurna dan juga kurang upaya, yang dia katakan adalah “sebagai satu tidak signifikan seperti perbezaan antara mereka yang bersaiz tinggi dan rendah.”
Kempen ini, yang akan mempopularkan sukan kurang upaya tersebut, juga telah dimasukkan dalam komik Manga yang terkenal di Jepun, sebuah komik yang sudah mempunyai tradisi lama dalam meningkatkan semangat kesukanan, seperti kisah-kisah memaparkan hero bola sepak yang sangat disayangi iaitu ‘Captain Tsubasa.’
Penerbit utama, Shueisha, tahun lalu telah mengeluarkan ‘Tokyo 2020 Paralympic Jump Volume 1’ yang menampilkan penglibatan pemain kerusi roda bola keranjang dari pengarang siri komik ‘Slam Dunk’ yang begitu disayangi, dan juga sebuah cerita mengenai seorang ahli gusti judo buta yang dihasilkan oleh Tetsuya Saruwatari, seorang bintang Manga yang terkenal dengan komik seni mempertahankan diri.
Usaha ini juga perlu dilaratkan ke sekolah-sekolah tempatan, di mana kanak-kanak digalakkan untuk merasai sendiri sukan berkenaan.
“Saya tidak dapat melihat. Tolong!”, kata kanak-kanak yang ditutup matanya semasa mereka memainkan permainan ‘goalball’, salah satu sukan untuk mereka yang cacat penglihatan.
Mereka berlegar di lantai, cuba untuk menangkap atau menepis bola bersaiz bola keranjang, mempunyai loceng didalamnya, sebelum melemparkannya ke pintu gol lawan.
“Saya merasa terkejut dengan kegelapan apabila mata saya ditutup, namun apabila saya sudah terbiasa dengannya, saya sangat menyukainya,” kata Kaito Onogi, seorang lelaki berusia 11 tahun.


“Kami berharap kanak-kanak ini akan memberitahu kepada ibu bapa mereka tentang pengalaman ini dan jika kanak-kanak ini mengatakan bahawa mereka mahu untuk menyaksikan sukan ini, pastinya ibu bapa mereka akan membawanya,” kata Keigo Tokudome, seorang pegawai dana ‘I’mPOSSIBLE’ yang telah membangunkan program sekolah.
Usaha tersebut telah dialu-alukan oleh warga Jepun mengenai kurang upaya, dengan harapan bahawa mereka akan menghasilkan perubahan yang kekal dalam sikap penduduk setempat.
“Warga Jepun sering digambarkan sebagai masyarakat yang sopan dan baik hati, namun mereka merasa janggal terhadap mereka yang cacat anggota,” kata Miki Matheson, pemenang pingat emas Paralimpik sebanyak tiga kali bagi negara Jepun, dalam acara sukan ‘ice sledge skating.’
“Dalam kebanyakan budaya, kurang upaya sering dikaitkan dengan stereotaip, prasangka dan stigma” dan Jepun juga tidak terkecuali, katanya kepada AFP.
Matheson, yang kini tinggal di Kanada, berharap Sukan Paralimpik ini akan menjadi peluang untuk Jepun bagi “membasmi atau sekurang-kurangnya mengurangkan stigma masyarakat terhadap mereka yang mengalami kecacatan.”
Sukan ini juga memberi satu peluang untuk merombak infrastruktur tempatan bagi menampung orang kurang upaya. Lif dan tanjakan sedang dipasang di seluruh sistem kereta api bawah tanah yang terkenal di Tokyo, dengan para pegawai mengatakan bahawa sekitar 90 peratus stesen kini boleh diakses oleh pengguna kerusi roda.
Pegawai Paralimpik juga telah meminta Tokyo untuk memastikan tentang kemudahan bilik mandi di hotel-hotel. Gabenor Koike berkata penyesuaian itu boleh memberi manfaat kepada bandar raya melangkaui sukan itu, membantu mempersiapkan ‘bandar raya kami sesuai untuk masyarakat warga emas’ yang dihadapi oleh Jepun.
Dengan dua tahun lagi, wartawan Goto berharap penonton-penonton dari warga Jepun akan menemui satu keseronokan dalam sukan Para ini.
Sebagai seorang peminat acara sukan, Goto adalah seorang pelari teratas di rantaunya sebagai seorang remaja, bersaing dengan atlet biasa walaupun hanya mengalami sedikit kelewatan.
“Semakin saya mendapat tahu mengenai atlet kurang upaya, bukan hanya daripada prestasi mereka tetapi juga keperibadian mereka, saya lebih bersemangat untuk bersorak untuk mereka,” katanya. – AFP