Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Usahawan muda boleh mainkan peranan penting

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Dengan pelonggaran sekatan disebabkan COVID-19 yang lepas, sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) tahun ini telah dapat menyaksikan peningkatan jumlah tetamu dan ini turut diterjemahkan kepada peluang perniagaan yang turut meningkat.

    “Tahun Naga ini membawa inspirasi dan kemakmuran kepada perniagaan sama ada di peringkat dalam negara dan antarabangsa,” kongsi Desmond Au semasa ditemui pada Sambutan TBC di kediaman bapa saudaranya, Pengerusi Tiong Jaya, Lee kok Tiong di Jalan Ban 1, Kampung Kilanas, baru-baru ini.

    Beliau yang juga melahirkan kegembiraan atas kehadiran ramai tetamu dan mengaitkannya dengan persekitaran perniagaan yang bertambah baik.

    Selaku belia yang bergiat aktif dalam perniagaan walaupun di usia yang masih muda, beliau percaya bahawa usahawan muda boleh memainkan peranan penting dalam membawa idea dan usaha niaga baharu ke Brunei.

    “Kepentingan menarik perniagaan antarabangsa untuk menyumbang kepada pertumbuhan pertubuhan tempatan, seperti kafe dan barangan runcit.

    Desmon Au (kiri) dan Lee Eng Yap (kanan) yang ditemu bual semasa rumah terbuka baru-baru ini. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    “Di samping itu, kepentingan memiliki kemahiran yang pelbagai, dan ditambah dengan kepesatan pembelajaran dan bakat terpendam dalam kalangan belia di negara ini akan lebih banyak platform yang boleh mengasuh keupayaan belia tersebut,” tambahnya.

    Dengan menggalakkan penerokaan pengalaman pembelajaran antarabangsa, beliau percaya bahawa membangunkan kemahiran dan membuka potensi akan menyumbang secara signifikan untuk mencapai matlamat yang digariskan dalam Wawasan Brunei 2035.

    “Semasa sambutan TBC, terdapat rasa harapan dan keazaman bersama ke arah membina masa depan yang makmur selaras dengan wawasan Brunei untuk 2035,” ujarnya lagi.

    Manakala itu, bagi Lee Eng Yap yang merupakan anak tunggal Lee kok Tiong, pula menggambarkan bahawa sambutan TBC berkenaan merupakan pengalaman berharga di mana beliau dapat berkumpul bersama keluarga setelah sekian lama tidak menyertai perayaan tersebut.

    Beliau sangat teruja dan berterima kasih kepada keluarga kerana masih mengekalkan adat yang telah diwarisi dari dulu lagi.

    Menurutnya, sebagai satu-satunya anak lelaki yang bertanggungjawab meneruskan legasi keluarganya, Lee Eng Yap menekankan kepentingan memelihara budaya dan tradisi Cina dalam kalangan generasi muda, khususnya ketika tinggal di luar negara.

    Dalam usaha untuk berkongsi mengenai adat resam Cina, beliau menggunakan peluang semasa perkumpulan itu dengan berkomunikasi dan bertukar tradisi budaya.

    “Selain melahirkan rasa terima kasih atas usaha bapanya dalam memelihara budaya, kemas kini dalam kalendar Cina sebagai cara untuk terus berhubung dengan tarikh dan peristiwa penting,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...