Gambar Bernama KUALA LUMPUR – Berniaga dalam talian boleh dikatakan menjadi penyambung kehidupan bagi banyak pihak ketika negara dilanda pandemik COVID dan apabila kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Inilah yang dilakukan oleh anak muda dari Kota Bharu, Kelantan, Nur Aina Balkhis Zumri, 22, untuk menyelamatkan perniagaan batik ayahnya yang diusahakan sejak empat dekad lalu.