Friday, February 21, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    USDA tidak sengaja pecat pekerja kendali kes selesema burung

    WASHINGTON, 19 FEB – Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) sedang berusaha untuk mengambil kembali beberapa pekerja yang secara tidak sengaja dipecat hujung minggu lalu, yang berperanan menangani selesema burung bagi AS, menurut laporan media tempatan.

    Presiden AS, Donald Trump telah berusaha untuk mengurangkan jumlah pekerja persekutuan, satu tugas yang diuruskan oleh jutawan terkenal, Elon Musk, dan beberapa kumpulan wakil kerajaannya.

    Politico melaporkan bahawa 25 peratus kakitangan dipecat hujung minggu lalu di 58 fasiliti yang bertanggungjawab menangani penyebaran selesema burung, dan ribuan pekerja USDA dimaklumkan bahawa mereka akan kehilangan pekerjaan mereka.

    Pentadbiran Trump telah memecat hampir separuh kakitangan daripada program epidemiologi elit AS yang dikenali sebagai ‘detektif penyakit’ minggu lalu, memberi tamparan hebat ke atas usaha kesihatan awam. – AFP

    Seorang pekerja menangkap seekor ayam untuk disembelih di sebuah kedai ayam di New York, 7 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda