Tuesday, July 22, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usia bukan halangan Fauziah Nawi terus timba ilmu

    Usia ternyata tidak pernah menghalang pelakon veteran, Fauziah Nawi, 68, untuk terus menimba ilmu.

    Fauziah menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, berkongsi perkembangan terkini dirinya yang sedang menyelesaikan Kursus Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang pengarahan filem di Kolej Teknologi MEA.

    Meski sudah lebih empat dekad pengalamannya dalam bidang seni, malah turut aktif mengajar seni lakon menerusi kelas anjurannya, Fauziah sentiasa terbuka menimba ilmu.

    Fauziah yang memuat naik fotonya bersama laporan tugasan kursus tersebut memaklumkan bakal menamatkan pengajiannya pada Jun depan.

    “Saya di Kolej Teknoloji MEA semalam.Alhamdulillah. Insya Allah saya akan graduate bulan Jun 2021,” tulisnya ringkas.

    Semangat Fauziah yang pernah membintangi puluhan filem, drama dan telefilem itu seharusnya menjadi contoh terbaik buat pelakon generasi baharu untuk rajin menimba ilmu dan sentiasa memperbaiki diri menjadi lebih baik.

    Terdahulu sebelum itu, Fauziah menerima Ijazah Sarjana daripada Open University Malaysia (OUM) pada tahun 2018. – Agensi

    Fauziah memuat naik fotoya bersama laporan tugasan kursus tersebut memaklumkan bakal menamatkan pengajiannya pada Jun depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda