Jika individu lain di usia 40an sudah memikirkan rancangan untuk pencen atau berehat daripada alam pekerjaan, namun berbeza bagi penyanyi tomok yang kini menyambung pengajian peringkat sarjana.
Mengakui keputusan itu bukan sesuatu yang mudah, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok, 41, berkata dia terpaksa berdepan pelbagai cabaran termasuklah membahagikan masa antara dunia seni dan pelajaran.
“Saya sambung belajar ini bukan takut karier nyanyian saya akan menjadi perlahan sebab pada saya itu adalah lumrah dalam industri. Namun, saya buat ini, sebab saya mahu tengok ke hadapan. Kalau ada kerjaya lain, apa salahnya.
“Saya akan habiskan juga pengajian itu walaupun mengambil masa yang lama kerana saya mahu menjadi contoh kepada anak-anak,” katanya kepada mStar.
Malah kata Tomok, dia juga merasakan pendidikan ada penting bagi seorang anak seni.
“Akademik itu sangat penting dalam kehidupan kita tidak kira artis atau bukan. Akademik itu tidak boleh tolak ke tepi,” ujarnya. – Agensi
