SINGAPURA, 31 Dis – Kementerian Kesihatan Singapura telah mengeluarkan satu peringatan yang mengatakan usia minimum yang dibenarkan untuk membeli, menggunakan, memiliki, menjual dan membekalkan produk tembakau akan ditambah dari 18 tahun kepada 19 tahun bermula 1 Januari 20019, lapor Straits Times, hari ini.
Langkah tersebut adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan Singapura untuk menaikkan usia minimum yang dibenarkan untuk merokok secara progresif, yang akan ditukar kepada 20 dan 21 tahun, masing-masing akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020 dan 2021.
Kementerian berkata mana-mana peruncit yang melanggar undang-undang dan menjual mana-mana produk tembakau kepada individu berusia di bawah umur yang dibenarkan akan dikenakan denda maksimum sebanyak S$5,000 bagi kesalahan kali pertama dan S$10,000 bagi kesalahan berikutnya. – Xinhua