Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Blue Ridge kini berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan muhibah selama tiga hari hingga 5 Ogos.
Pada hari ini, Armada ke-7 AS itu telah mengalu-alukan pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan bagi mengadakan lawatan di atas kapal.
Mengalu-alukan tetamu di atas kapal ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn McClelland dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS di Brunei Darussalam, Stacy Lomba.
Hadir semasa lawatan ber-kenaan ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.
Juga menyertai lawatan ialah Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonni-zam bin Sulaiman; Pemangku Pemerintah TLDB, Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin; Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim; Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Aliru-pendi bin Haji Perudin; dan Pengarah Perisikan, Kolonel (U) Haji Muhammad Muluddin bin Haji Latif.
Pada sebelah petang, para pengamal media tempatan juga berkesempatan menyertai lawatan ke kapal tersebut di mana satu sesi temu bual bersama Pegawai Pemerintah USS Blue Ridge, Kapten Dale Gregory Jr turut diadakan.
Kapten Dale Gregory Jr menjelaskan bahawa lawatan kapal tersebut bertujuan untuk membantu meningkatkan keboleh-operasian angkatan maritim kedua-dua negara, membolehkan pertukaran kepakaran dan membina kapasiti untuk bertindak balas terhadap ancaman bersama dan mempromosikan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
Beliau seterusnya menambah bahawa ini merupakan kunjungan kali kedua bagi kapal tersebut ke negara ini sejak 1985 yang dihasratkan untuk menggambarkan kesediaan dan menunjukkan komitmen berterusan AS dalam usaha memelihara keamanan rantau Indo-Pasifik.
USS Blue Ridge adalah kapal operasi tertua dalam Tentera Laut AS, dan sebagai kapal komando Armada AS yang bertanggungjawab untuk memerintah dan mengawal semua kapal Tentera Laut AS yang meronda dan memupuk hubu-ngan dalam Wilayah Indo-Asia
Pasifik.