Tuesday, February 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ustaz Don Daniyal ajak jemaah imarah masjid

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Pengimarahan masjid bukanlah suatu yang mudah dan bukan hanya menjadi tanggungjawab pegawai masjid sahaja, tetapi juga para jemaah.

    Setentunya komitmen jemaah juga amat penting dengan solat berjemaah di masjid, yang mana dapat menghidupkan dan mengimarahkan masjid. Bagi mereka yang mengimarahkan masjid setentunya akan mendapatkan ganjaran yang sangat besar di akhirat.

    Ini merupakan antara inti pati ceramah bertajuk ‘Fadilat Mengimarahkan Masjid’ yang dikongsikan oleh penceramah undangan terkenal dari Malaysia, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid selepas solat Fardu Maghrib dan Isyak di Masjid Sufri Bolkiah, Perpindahan Berakas.

    Dalam ceramah sempena penubuhan masjid berkenaan ke-50 tahun itu, Ustaz Don Daniyal turut menekankan bahawa mengimarahkan masjid adalah salah satu tanda keimanan kepada Allah dan hari akhirat.

    Ustaz Don Daniyal menyampaikan ceramah mengenai fadilat mengimarahkan masjid di Masjid Sufri Bolkiah.

    “Adapun matlamat yang ingin kita capai daripadanya adalah menggapai hidayah yang akan menyinari hidup kita dan masyarakat kita.

    “Bagi mereka yang beriman akan melihat masjid sebagai tempat mengisi ibadah-ibadah yang bermanfaat bagi diri sendiri dan juga masyarakat. Mereka akan nampak nilai yang sangat bermakna di dunia dan akhirat,” ujarnya.

    Termasuk juga makna memakmurkan masjid ialah mengusahakan apa sahaja perkara yang boleh menjadikan masjid selesa untuk didatangi dan digunakan, sehingga pada akhirnya masjid merupakan tempat yang disukai untuk dikunjungi oleh umat Islam, tambah beliau.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda