Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Ustazah juga manusia biasa’

    Tindakan pendakwah bebas, Oki Setiana Dewi menari bersama dua adiknya iaitu Shindy Putri dan Ria Ricis menjadi bualan warganet.

    Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok Lambe Pedes Official, Oki bersama Shindy dan Ria dilihat mengikuti irama lagu dengan melompat dan menggerakkan tangan mereka.

    Pun begitu, perkongsian video berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet dan ada yang membela Oki kerana menyifatkan tariannya tidak berlebihan, dedah mStar.

    “Tapikan dia cuma melompat-lompat dan tidak berlebih-lebihan.

    “Pendakwah juga manusia biasa. Joget sikit-sikit bolehlah, yang penting tidak pelik.

    “Cukup ambil perkara yang baik, selebihnya tutup mata dan telinga,” tulis warganet.

    Pada 2009, nama Oki mendapat perhatian selepas membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih gandingan bersama pelakon Kholidi Asadil Alam.

    Susulan daripada kejayaan filem itu membuatkan Oki semakin tekun mendalami ilmu agama sehingga bergelar pendakwah bebas. – Agensi

    Warganet membela Oki menyifatkan dirinya hanya manusia biasa. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda