Tuesday, August 9, 2022
29.7 C
Brunei

Usyk bakal pertaruhkan tali pinggang kejuaraan 20 Ogos ini

-

LONDON, 21 JUN – Juara tinju dunia bagi kategori heavyweight, Oleksandr Usyk bakal mempertahankan gelarannya dalam perlawanan semula dengan petinju dari Britain, Anthony Joshua di Jeddah, Arab Saudi, pada 20 Ogos tahun ini, menurut pengumuman penganjur, baru-baru ini.

Terdahulu, petinju dari Ukraine, Usyk berjaya menewaskan Joshua, bekas juara WBA, IBF dan WBO, dengan keputusan sebulat suara di London pada September tahun lalu.

“Oleksandr Usyk akan mem-pertaruhkan gelaran juara dunia IBF, WBO dan IBO apabila menentang Anthony Joshua dalam perlawanan di Jeddah, Arab Saudi pada Khamis bersamaan 20 Ogos ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur perlawanan tinju.

Perlawanan yang menyaksikan Usyk menewaskan Joshua dengan keputusan 117-112, 116-112 dan 115-113 yang terpapar pada papan mata di London belum berakhir lama, tetapi klausa perlawanan semula telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, pencerobohan ke atas Ukraine yang berlaku pada Februari lalu telah menimbulkan tanda tanya mengenai bila bekas juara cruiserweight itu kembali semula ke gelanggang tinju.

Petinju berusia 35 tahun itu kembali ke Ukraine untuk mempertahankan negaranya tetapi diberikan pengecualian daripada tugas-tugas ketenteraan agar dapat membuat persiapan bagi perlawanan semula tersebut.

“Saya mempunyai matlamat, dengan bantuan daripada Tuhan, saya akan menyelesaikan tugas saya!” kata Usyk dalam satu kenyataan dari gelanggang perlawanan. – AFP

Reaksi Usyk meraikan kemenangannya semasa menentang Anthony Joshua pada perlawanan sebelum ini. – Gambar fail AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -