Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Usyk, Joshua bakal bersemuka Ogos ini

    KYIV, UKRAINE, 8 JUN – Juara bertahan heavyweight dunia, Oleksandr Usyk berkemungkinan mengadakan perlawanan semula dengan petinju dari Britain, Anthony Joshua pada 20 Ogos nanti, beritahu penganjur daripada pihak Usyk kepada AFP, hari ini.

    “Tarikh ini mungkin bagi perlawanan itu,” kata Oleksandr Krasyuk mengenai tarikh yang berkemungkinan menjadi hari perlawanan semula itu.

    Usyk menewaskan juara WBA, IBF dan WBO, Anthony Joshua pada September lalu dengan keputusan sebulat suara di London.

    Sementara itu, Joshua telah membalas cabaran tersebut mengatakan bahawa dirinya bersedia untuk berdepan dengan Usyk sekali lagi.

    Krasyuk berkata bahawa perlawanan tersebut berkemungkinan diadakan di sebuah tempat di negara Timur Tengah, tanpa menjelaskan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

    Usyk dan Joshua semasa bersemuka dalam sidang media sebelum mengadakan perlawanan mereka. – Gambar fail AP

    Selain itu, dia menambah bahawa pengumuman rasmi mengenai perlawanan tersebut akan dibuat pada minggu hadapan oleh organisasi tinju, di mana tali pinggang juara akan dipertaruhkan.

    Usyk, 35, kembali ke Ukraine untuk ‘mempertahankan negara’ apabila Rusia menceroboh negaranya pada 24 Februari lalu.

    Dia telah meninggalkan negaranya sekali lagi pada Mac lalu untuk membuat persiapan bagi perlawanan semula itu.

    Usyk adalah salah seorang daripada atlet terbaik di Ukraine yang diperkatakan mereka mampu melawan pencerobohan Rusia.

    Sementara itu, bekas juara lightweight dunia dan pemungut pingat emas Olimpik dua kali, Vasiliy Lomachenko juga akan kembali mempertahankan kampung halamannya berdekatan dengan bandar pelabuhan selatan Odessa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...