Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Utamakan aspek keselamatan

    Oleh James Kon

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Menurut statistik, jumlah kematian di tapak pembinaan di negara ini menurun 55 peratus daripada sembilan kes pada tahun 2015 kepada empat kes pada tahun 2016, bagaimanapun, jumlah kes kemalangan pada 2016 meningkatkan 21 peratus kepada 68 kes berbanding 56 kes pada 2016.

    Ini bermakna bagi setiap 200,000 orang pekerja di negara ini, 4.5 peratus kematian berhubung kait dengan pekerjaan pada 2015 dan 2.0 peratus pada tahun 2016. Ini merupakan jumlah tertinggi dibandingkan dengan perkadaran industri dan jumlah 0.96 peratus kematian bagi setiap 200,000 orang pekerja di UK.

    Statistik yang membimbangkan ini didedahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria dalam ulasannya sebagai tetamu kehormat ‘Bengkel dan Forum Keselamatan dalam Pembinaan’ yang diadakan sempena Hari Keselamatan dan Kesihatan Sedunia 2017.

    Bercakap kepada pemaju tempatan dan perwakilan syarikat pembinaan antarabangsa dan sektor swasta yang terlibat dalam projek JKR, Haji Amer Hishamuddin berkata, “Menurut data yang dihimpunkan oleh pihak kesihatan dan keselamatan persekitaran (HSE) jabatan tersebut, hanya 15 kontraktor (25 peratus) daripada 61 projek menghantar pelan HSE kepada pegawai JKR yang mengendalikan projek.”

    Haji Amer Hishamuddin berkata bahawa sebahagian daripada sebab-sebab tiada penyerahan dan peruntukan pelan HSE dalam kontrak atau kelewatan penyerahan tersebut disebabkan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan perancangan awal untuk strategi kawalan keselamatan di tapak pembinaan.

    Dia juga menyatakan penyediaan pelan HSE merupakan salah satu keperluan di bawah Arahan Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja 2009 dan Peraturan Pembinaan 2014 Bahagian II, yang termasuk dalam Spesifikasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan Bill Kuantiti bagi penyerahan projek JKR.

    Dengan pelan HSE, Haji Amer Hishamuddin berkata, “Kemalangan boleh dihindarkan dan kecederaan boleh diminimumkan menerusi Pengenalpastian Bahaya, Penaksiran dan Kawalan Risiko (HIRARC) yang diberikan dalam pelan HSE.

    Untuk memastikan amalan Keselamatan dan Kesihatan Penempatan Kerja (OSH) dan standard masih lagi relevan, beliau menekankan kerajaan perlu berusaha memberikan persekitaran urusan yang stabil dengan meningkatkan standard OSH.

    Sementara itu, pada peringkat individu, majikan dan pekerja perlu bekerjasama mempromosikan persekitaran kesihatan dan keselamatan bekerja kerana perkara itu adalah asas bagi menghasilkan tanggungjawab dan tenaga kerja yang produktif.

    Dalam usaha untuk menghimpunkan dan mengenal pasti jenis-jenis insiden ketidakpatuhan, Haji Amer Hishamuddin juga mendedahkan JKR mula menghimpunkan data daripada audit dan penilaian keselamatan kerja dari 2012 sehingga tahun ini yang dijalankan oleh bahagian HSE di tapak-tapak pembinaan.

    Menurut Haji Amer Hishamuddin lagi, data yang dikumpulkan akan menjadi asas kepada perancangan masa depan dalam HSE dan membantu mengenal pasti bidang keutamaan bagi penambahbaikan untuk mengukur prestasi kontraktor yang berkaitan dengan hal-hal keselamatan di tapak pembinaan JKR.

    “Kontraktor dikehendaki mengemukakan data kehilangan masa kecederaan untuk semua projek JKR yang dikendalikan dan dikehendaki melaporkan dan memaklumkan sebarang kejadian, kemalangan atau kejadian yang hampir berlaku dalam tempoh pembinaan,” tambahnya.

    Bengkel sehari anjuran Kathis Management Services itu diadakan bagi mempromosi dan memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan dan keselamatan persekitaran di tapak pembinaan dan juga untuk membina jaringan antara syarikat-syarikat pembinaan dalam sektor swasta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda