Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Utamakan tempat letak kereta OKU

    Disebabkan lokasi letak kereta yang strategik dan berhampiran pintu masuk menyebabkan terdapat sesetengah masyarakat yang mengambil kesempatan tanpa menghormati hak dan keperluan orang kelainan upaya (OKU).

    Seharusnya golongan OKU perlu diberikan keadilan sosial di samping menunjukkan sokongan masyarakat terhadap mereka.

    Isu penyalahgunaan ruang letak kereta bagi golongan OKU yang sudah lama disuarakan ini, masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini dengan ramai individu normal dan sihat sesuka hati menggunakan parkir khas tersebut tanpa rasa bersalah.

    Sehubungan dengan itu, diharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pengguna yang menyalahgunakan ruang tersebut, termasuk mengenakan denda.

    Kempen pendidikan terhadap kesedaran awam juga perlu diungkayahkan bagi membantu masyarakat memahami kepentingan ruang letak kereta bagi OKU.

    Menerusi kempen itu juga secara tidak langsung mampu meningkatkan empati terhadap golongan tersebut.

    Bagi kawasan tumpuan awam pula, pihak tertentu perlu menyediakan bilangan ruang yang mencukupi untuk golongan tersebut agar dapat memastikan aksesibiliti dan keselesaan mereka terjaga.

    N.Insan

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    65 penderma sertai kempen derma darah Persatuan Foochow Kuala Belait

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 20 NOV - Seramai 65...

    Kane lengkapkan rekod cemerlang England

    TIRANA, 17 NOV – Harry Kane mengesahkan rekod cemerlang...

    Kempen vaksin kanser serviks berjaya selamatkan 1.4 juta nyawa

    GENEVA, 17 NOV – Kempen selama tiga tahun untuk...

    Kempen FSFS kukuhkan aspek keselamatan pelanggan

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV - Syarikat...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...