Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Utara bakal sertai Olimpik Musim Sejuk

    PYONGYANG, 1 Jan – Pemimpin tertinggi Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) Kim Jong Un mengatakan hari ini yang Pyongyang bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Seoul mengenai kemungkinan penyertaan republik itu dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk yang bakal diadakan di Korea Selatan.

    Dalam ucapan Tahun Baru, Kim mengatakan tahun 2018 merupakan tahun penting bagi kedua-dua negara di Semenanjung Korea, kerana DPRK akan menandakan ulang tahun ke-70 penubuhan negara itu sementara Korea Selatan akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk.

    Menyampaikan ucapan ikhlasnya bagi kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk, Kim berkata DPRK akan mengambil langkah yang perlu untuk bersedia menyertai acara itu, termasuklah mengadakan perbincangan Utara-Selatan mengenai penyertaan DPRK.

    Sebagai berjiran, kedua-dua negara Korea itu “terikat dengan darah” dan “adalah semula jadi untuk berasa gembira dan memberikan bantuan bagi aktiviti yang dianjurkan oleh rakan senegara kita,” katanya.

    Korea Selatan telah mencadangkan bahawa kedua-dua negara itu membentuk pasukan bersama untuk menghadiri acara yang akan diadakan di Wilayah Pyeongchang pada Februari.

    Semasa ucapannya, Kim juga menyatakan yang kedua-dua belah pihak seharusnya mengurangkan konfrontasi ketenteraan yang sangat tegang untuk mewujudkan persekitaran aman bagi perdamaian. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda