Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Utara lancar ujian peluru berpandu balistik

    SEOUL, 12 Feb – Korea Utara hari ini melancarkan ujian peluru berpandu balistik pertamanya sejak Donald Trump mengambil alih jawatannya, satu langkah yang diselar oleh pemimpin Jepun yang telah meraih sokongan ‘100 peratus’ daripada presiden baru AS itu.

    Perdana Menteri Shinzo Abe, yang negaranya dalam jarak Korea Utara, menyifatkan pelancaran itu ‘benar-benar tidak dapat diterima’. Manakala Korea Selatan berkata Pyongyang sedang menguji Trump.

    Peluru berpandu itu dilancarkan sekitar pukul 7:55 pagi (2255GMT Sabtu) dari pangkalan udara Banghyon di wilayah barat Utara Pyongan dan terbang ke timur menuju Lautan Jepun, menurut kementerian pertahanan Korea Selatan.

    Ia terbang sejauh kira-kira 500 kilometer sebelum jatuh ke laut, menurut jurucakap tentera, dengan menambah kata jenis sebenar peluru berpandu belum dikenal pasti.

    Seorang wanita berjalan melepasi skrin televisyen yang menayangkan berita pelancaran ujian peluru berpandu balistik Korea Utara dengan foto Kim Jong Un dan peta Korea Utara di Tokyo hari ini. –AP
    Seorang wanita berjalan melepasi skrin televisyen yang menayangkan berita pelancaran ujian peluru berpandu balistik Korea Utara dengan foto Kim Jong Un dan peta Korea Utara di Tokyo hari ini. –AP

    “Pelancaran peluru berpandu hari ini bertujuan menarik perhatian sejagat kepada Korea Utara dengan menonjolkan kemampuan nuklear dan peluru berpandunya,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

    “Ia juga percaya itu adalah provokasi bersenjata untuk menguji respons dari pentadbiran baru AS di bawah Presiden Trump,” tambahnya.

    Kawalan Strategik AS berkata ia telah mengesan dan menjejaki apa yang dinilainya peluru berpandu balistik jarak sederhana.

    Itu adalah ujian pertama seumpamanya sejak Oktober lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda