Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Utara perlu tukar haluan

    TOKYO, 4 Jan – Korea Utara perlu menukar haluannya dan menghentikan program nuklear serta ujian peluru berpandunya untuk menjadi negara yang lebih kaya, menurut Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini.

    Berucap semasa sidang media bersempena Tahun Baru, Abe memberitahu wartawan bahawa Jepun sedang membuat pemerhatian terhadap impak sekatan yang dikenakan kepada Korea Utara, terutama sekali ketika musim sejuk tahun ini semasa keadaan agak sukar. Arang dan minyak merupakan antara barangan yang disasarkan sebagai bekalan bagi pemanasan yang sukar didapati ketika musim sejuk.

    “Korea Utara mempunyai rakyat yang tekun dan kaya dengan sumber. Mereka boleh menjadi negara yang kaya sekiranya mereka mengguna pakai polisi yang betul,” menurut Abe.

    Abe tidak menyebutkan secara langsung percubaan terbaru yang dibuat oleh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un terhadap Korea Selatan, termasuklah membuka semula hubungan komunikasi antara negara bersaing itu.

    Abe mengulangi, seperti biasa bahawa program peluru berpandu dan senjata nuklear Korea Utara adalah “ancaman yang paling serius terhadap keselamatan negara sejak akhir Perang Dunia Kedua.”

    Beliau berjanji untuk meneruskan pengukuhan ketenteraan Jepun untuk melindungi negara.

    Abe sekian lama berhasrat untuk meminda perlembagaan Pasifik Jepun, yang disusun oleh Amerika Syarikat selepas kekalahan Tokyo semasa Perang Dunia Kedua. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda