PYONGYANG, 24 JUN – Korea Utara memutuskan menangguhkan rancangan untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Korea Selatan, lapor agensi berita Xinhua, memetik agensi berita pusat (KCNA) hari ini.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kelima Suruhanjaya Pusat Tentera Ketujuh Parti Pekerja Korea (WPK) yang diadakan secara maya pada Selasa dan dipengerusikan pemimpin tertinggi negara itu Kim Jong Un. – Bernama