BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Bagi memperingati Tahun Baharu Islam 1441 Hijrah dan meraikan kepulangan jemaah haji Universiti Teknologi Brunei (UTB), ceramah keagamaan dan Doa Selamat telah diadakan di universiti berkenaan, baru-baru ini.
Tetamu kehormat majlis anjuran Unit Keagamaan Pejabat Hal-Ehwal Pelajar UTB berkenaan ialah Pemangku Timbalan Canselor UTB, Haji AdySyarmin bin Haji Mohd Taib. Turut hadir ialah para pensyarah UTB, para pegawai, kakitangan dan para pelajar.
Ceramah tentang hijrah sempena majlis berkenaan telah disampaikan oleh Penolong Pensyarah Fakulti Usuluddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit sebelum bacaan Dikir Marhaban bagi meraikan kepulangan jemaah haji universiti berkenaan.