Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    UTB semarak Maulidur Rasul

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul, Universiti Teknologi Brunei (UTB) melalui Unit Agama Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan ExCo Keagamaan dan Kerohanian telah mengadakan ceramah agama di Teater Kuliah 2, UTB, hari ini.

    Hadir selaku kehormat tetamu ialah Penolong Naib Canselor (Industri dan Perkhidmatan), Dr Haji Mohamad Saiful bin Haji Omar.

    Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Selawat Tafrijiyyah dan persembahan tausyeh oleh pelajar-pelajar UTB.

    Ceramah bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Meraih Syafaat Rasulullah SAW’ pula telah disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan Sains Sosial, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Nazirul Mubin bin Ahad.

    Majlis kemudian diikuti dengan penyampaian anugerah kepada pemenang pertandingan khat anjuran ExCo Keagamaan dan Kerohanian yang telah diadakan pada 22 September lalu, dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda