Wednesday, February 26, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    UTB terima sumbangan 14 buku Korea

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Sebagai tanda muhibah serta mempromosikan pertukaran budaya, Kedutaan Republik Korea telah menyumbangkan 14 buah buku kepada Sudut Korea di Perpustakaan Universiti Teknologi Brunei (UTB), hari ini.

    Majlis penyerahan buku telah disampaikan oleh Setiausaha Kedua dan Konsul, Kim Pyungkuk bagi pihak Kedutaan Republik Korea, kepada Penolong Naib Canselor UTB, Au Thien Wan bagi pihak Perpustakaan UTB.

    Buku-buku yang disumbangkan itu diharapkan dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar UTB dan orang ramai serta memberikan pandangan yang berharga mengenai masyarakat Korea, selain memberi manfaat kepada pelajar UTB dan orang ramai bagi memupuk pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam tentang Korea.

    Sudut Korea di Perpustakaan UTB terus menjadi hab bagi pelajar, fakulti dan orang ramai untuk meneroka dan melibatkan diri dengan budaya Korea, sekali gus memajukan lagi kerjasama pendidikan dan budaya antara kedua-dua negara.

    Di samping itu, perpustakaan UTB merancang menyediakan akses kepada bahan dan perkhidmatan pinjaman untuk warga tempatan dan pelajar untuk menggalakkan pemahaman tentang budaya Korea, menganjurkan acara promosi dengan kerjasama kedutaan untuk meningkatkan promosi budaya Korea serta mengukuhkan kerjasama antara kedutaan dan universiti.

    Kim Pyungkuk bagi pihak Kedutaan Republik Korea menyampaikan sumbangan buku kepada Au Thien Wan bagi pihak UTB. – GAMBAR SERAHAN KEDUTAAN REPUBLIK KOREA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda