NORTH CAROLINA, 5 Feb – Kadar kos kuasa solar yang semakin menurun mendorong syarikat-syarikat elektrik Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan kuasa lebih dari matahari hanya apabila Presiden Donald Trump beralih untuk meningkatkan penjanaan kuasa dari arang batu dan bahan api yang lain.
Kuasa solar hanya mewakili penjanaan kira-kira satu peratus utiliti elektrik AS ketika ini, namun itu boleh sahaja meningkat memandangkan utiliti elektrik utama beralih kepada pertanian solar skala kecil, bidang yang dibangunkan oleh kerjasama tempatan dan tidak berasaskan keuntungan.
Ia kedua-duanya satu peluang dan langkah pertahanan: Teknologi menangkap sinaran matahari telah menjadi lebih murah, semakin pantas, utiliti itu telah bergerak untuk memelihara perniagaan teras mereka terhadap persaingan daripada panel-panel solar isi rumah.
“Pertumbuhan solar begitu meluas dan mempunyai banyak momentum di belakangnya di mana kita dalam tahap di mana anda tidak boleh lagi kembali ke belakang,” kata Jeffrey R.S Brownson, profesor Universiti Negeri Pennyslvania yang mengkaji penggunaan solar. “Sama ada anda mempelajari mengenai medium baru ini, tenaga solar, atau anda akan berdepan konflik-konflik yang semakin meningkat.”
Peralihan dari kilang jana kuasa pembakaran arang kini nampaknya tidak boleh dihentikan, meskipun jika Trump membuang peraturan memerlukan utiliti untuk mengurangkan pencemaran gas rumah hijau. Purata kos jangka hayat bagi skala penjanaan angin dan solar di AS kini semakin murah daripada arang atau nuklear dan setanding dengan gas asli, menurut firma nasihat kewangan Lazard, yang membandingkan kos bahan api tanpa cukai subsidi federal.

Angin dan solar dijangka mencakupi kira-kira dua pertiga daripada penjanaan kapasiti elektrik baru ditambah pada grid kuasa negara dalam 2016, mengatasi pengembangan bahan api buat tiga tahun berturut-turut, menurut Jabatan Tenaga AS.
Dan meskipun utiliti yang dimiliki pelabur besar beroperasi sebagai monopoli sah di kebanyakan negeri, rayuan menurunkan bil solar atas bumbung bagi kebanyakan pemilik rumah akan mengancam keupayaan mereka untuk membiayai dan menguruskan grid kuasa.
Trend-trend ini membantu menjelaskan kenapa utiliti-utiliti menerima pakai satu model yang digelar “komuniti solar,” atau “solar dikongsi,” yang melibatkan para pelanggan bersetuju untuk membeli atau memajak panel solar atau untuk membeli kuasa yang mereka hasilkan.
Kuasa elektrik itu kemudian dimasukkan ke dalam bil di bawah kontrak-kontrak yang boleh mengunci harga kuasa bagi 10 tahun atau lebih. – AP