Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Utus tahniah kepada Filipina, Rusia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ferdinand Romualedz Marcos Jr, dan kerajaan serta rakyat Republik Filipina bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kebangsaan yang ke-127 negara tersebut.

    Sementara itu dalam perutusan berasingan, Baginda Sultan turut berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia, TYT Vladimir Putin, kerajaan dan rakyat Persekutuan Rusia bersempena dengan Hari Rusia.

    GAMBAR FAIL SERAHAN JPM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda