BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam dan Presiden Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama To Lam dan Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama Pham Minh Chinh, kerajaan serta rakyat Vietnam berikutan dengan kejadian Ribut Tropika Yagi yang telah melanda negara itu baru-baru ini sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda awam.