Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Utusan Britain lawat Kemboja

    PHNOM PENH, 25 SEPT – Heather Wheeler, utusan perdagangan Perdana Menteri Britain dalam lawatan ke Kemboja untuk meneroka peluang perdagangan dan pelaburan hijau, menurut kenyataan akhbar dari Kedutaan British di Kemboja hari ini.

    Wheeler, yang juga utusan perdaga-ngan ke Laos, berada di Phnom Penh dari 24 hingga 26 September, dan semasa lawatannya, beliau dijadualkan bertemu dengan menteri-menteri Kemboja dan perniagaan British dan Kemboja untuk meneroka peluang mengukuhkan hubungan komersial dan menyokong pembangunan mampan dan peralihan Kemboja daripada status negara kurang maju (LDC).

    Britain melihat potensi besar untuk menggunakan pelaburan hijau dan menggalakkan eksport Kemboja, kata kenyataan itu.

    Britain adalah salah satu destinasi eksport utama produk Kemboja. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda