Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uyaina Arshad selamat timang anak kedua

    Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

    Anak damit lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada pukul 10 pagi.

    Kata Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, dia memilih untuk menjalani prosedur pembedahan atas nasihat doktor susulan masalah jantung yang dialami.

    “Saya memang ada masalah jantung seperti yang pernah dikongsi sebelum ini, jadi atas nasihat doktor kita memilih untuk lakukan pembedahan. Saya juga bersalin
    dua minggu lebih awal daripada tarikh sebenar.

    “Memanglah gementar sebab pelbagai risiko jika bersalin secara pembedahan. Mungkin baik untuk anak damit, tetapi untuk ibu boleh berlaku kekurangan darah atau sebagainya.

    Uyaina dan Syahiran bersama anak sulung mereka. – mStar

    “Syukur semuanya selamat,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Uyaina dan suaminya iaitu Raja Syahiran turut berkongsi berita gembira kelahiran cahaya mata mereka di laman Instagram.

    Pasangan ini juga sudah mempunyai nama untuk anak mereka itu namun belum bersedia dikongsikan kepada umum.

    “Tunggulah selepas tujuh hari nanti. Kami akan kongsikan nama dan wajah anak. Mungkin itu lebih baik.

    “Sekarang ini rasanya tak elok untuk terlalu berkongsi kerana anak masih kecil,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda