TASHKENT, 6 JUN – Uzbekistan mara ke Piala Dunia tahun depan buat pertama kali dalam sejarah negara itu, satu pencapaian dalam penampilan bertahun-tahun di beberapa buah negara lain di dunia walaupun kemampuannya dalam sukan bola sepak tidak begitu dikenali.
Negara Asia Tengah itu layak ke kejohanan antarabangsa utama bola sepak kelmarin berikutan keputusan seri 0-0 dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) – cukup untuk memastikan pencapaian itu dengan satu perlawanan lagi.
“Saya tidak dapat meluahkan perasaan saya. Saya sangat gembira – buat pertama kali dalam 34 tahun pasukan kebangsaan Uzbekistan mencapai Piala Dunia,” seorang usahawan berusia 36 tahun, Otabek Khaydarov, berkata kepada AFP di Tashkent selepas wisel penamat.
Bekas Soviet, Uzbekistan, mula bersaing sebagai negara merdeka pada 1990an, berikutan perpecahan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR).
Siaran rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan para pemain membaluti diri mereka dengan bendera negara itu, mengerumuni jurulatih, Timur Kapadze, di bilik media selepas perlawanan.
Penambahan pasukan dalam kejohanan daripada 32 kepada 48 telah memberi negaral ain, seperti Uzbekistan, peluang untuk menembusi tangga teratas bola sepak dunia.
Tetapi kejayaan mereka bukan hanya untuk Piala Dunia yang lebih besar.
Uzbekistan adalah salah sebuah negara bola sepak yang paling pesat membangun di Asia. – AFP
