TASHKENT, 14 OGOS – Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev telah menandatangani satu undang-undang baharu semalam yang membenarkan tanah bukan pertanian diswastakan buat julung kalinya dalam sejarah negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.
Undang-undang itu telah diluluskan pada Mei oleh Senat dan akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2020.
Sebelum ini, semua tanah dimiliki negara, yang mempunyai penduduk paling ramai di Asia Tengah dengan lebih 33 juta orang. – Bernama