Saturday, February 8, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    V anggap diri anggota BTS paling slow

    Ahli kumpulan BTS iaitu V mendedahkan dia pernah terfikir mencederakan diri sendiri hanya kerana berasa terlalu letih dengan pelbagai komitmen sebagai seorang bintang terkenal dunia.

    V atau Kim Tae Hyung, 27, berkata, itu adalah satu-satunya jalan yang boleh dia fikirkan demi mendapatkan rehat disebabkan mengalami kepenatan melampau.

    “Saya pernah terfikir kalau saya cedera, adakah saya boleh berehat?” katanya.

    V berkongsi perkara itu ketika muncul dalam program YouTube Suchwita yang dikendalikan oleh rakannya Suga.

    Dalam pada itu, menurut mStar, V memberitahu dia pernah menangis ketika BTS diminta memberi ucapan di Anugerah MAMA 2018 kerana terkenang betapa sukar perjalanan yang perlu ditempuh bagi menempa nama dalam industri hiburan.

    V juga memberitahu dia pernah mengalami kesukaran kerana merasakan kemajuannya lebih perlahan berbanding anggota lain BTS.

    “Saya mula membandingkan diri saya dengan orang lain.

    “Sebab kemajuan saya lebih perlahan berbanding ahli lain dan pemikiran saya sedikit berbeza. Itukah sebab saya semakin penat?” katanya. – Agensi

    V BTS akui kemajuan dirinya agak perlahan berbanding ahli-ahli lain. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda