Wednesday, July 16, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    V artis K-Pop dinobat paling kacak 2020

    Anggota kumpulan BTS, V dinobatkan sebagai artis K-Pop terkacak bagi tahun 2020.

    Pengumuman The 100 Most Handsome Faces of K-Pop Artist of 2020 itu dimaklumkan secara rasmi oleh YouTube The 100 baru-baru ini.

    Selain kehebatan vokal dan tarian, V juga cukup dikenali kerana memiliki wajah yang sangat tampan.

    Dalam pada itu, tempat kedua pula dimiliki oleh Cha Eunwoo (ASTRO) manakala tempa ketiga jatuh kepada Taeyong NCT.

    Selain V, anggota termuda BTS iaitu Jungkook berada di kedudukan keempat ranking tersebut dan tempat kelima jatuh kepada anggota kumpulan TREASURE, Haruto.

    Lima lagi anggota BTS iaitu Jin berada di tangga ke 19, Suga 19, Jimin 43, J-Hope 55 dan RM di kedudukan ke 65.

    Antara nama-nama besar lain yang tersenarai adalah Taeyang BIGBANG (94), G-Dragon (76), Siwon Super Junior (70), Heechul Super Junior (68), Sehun EXO (33), Jaehyun NCT (31), dan ramai lagi

    V atau pemilik nama sebenar Kim Taehyung ini pernah dinobatkan sebagai Jejaka Paling Kacak di dunia bagi tahun 2017 dan berada di tangga keempat untuk tahun 2019. – Agensi

    Selain kehebatan vokal dan tarian, V juga cukup dikenali kerana memiliki wajah yang sangat tampan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda