Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    V BTS bangga turun berat badan 10 kg

    Anggota kumpulan BTS iaitu V berkongsi foto terbaharu di media sosial menunjukkan kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg).

    Menerusi platform Weverse, V atau nama sebenarnya Kim Tae Hyung, 30, mengejutkan peminat apabila berkongsi beberapa foto memaparkan dirinya sedang melakukan aktiviti fizikal di gimnasium.

    “Ini bentuk tubuh terkini saya. Badan saya nampak susut kan? Saya hilang 10 kg. Saya akan berusaha lebih lagi,” katanya.

    Dalam pada itu, V sempat menolak permintaan peminat untuk melihat perut berotot ‘sixpack’ miliknya kerana berasa malu.

    “LOL (gelak), sixpack saya nampak okay sahaja tetapi saya malu,” ujarnya.

    Pada Januari lalu, V memaklumkan dirinya sudah berjaya mencapai berat badan ideal yang selama ini diinginkan.

    Sebelum itu, V pernah berkongsi matlamatnya untuk mencapai berat 86 kilogram sebelum menyertai kem tentera.

    Untuk rekod, V mula melapor diri di kem latihan tentera pada 11 Disember 2023 dan dijangka tamat latihan pada 10 Jun depan. – Agensi

    V (kiri) berkongsi foto terbaharunya di media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda