Perubahan fizikal anggota kumpulan BTS iaitu V menjadi bualan hangat peminat yang teruja melihat penampilan terbaharunya.
Menerusi beberapa foto yang tersebar di media sosial, V dilihat berkongsi tubuh badannya yang berotot malah berat badannya juga sudah bertambah.
Malah dia juga dengan bangga menunjukkan otot-otot di bahagian lengannya.
Memetik laporan Weverse, V memaklumkan dirinya sudah berjaya mencapai berat badan ideal yang selama ini dia inginkan.
“Saya berjaya dan sekarang saya cuba untuk mengekalkannya,” kongsinya.
Perkara itu dikongsikan V selepas mendapat pertanyaan daripada peminatnya.
Sebelum ini, V pernah berkongsi matlamatnya untuk mencapai berat 86 kilogram sebelum menyertai kem latihan tentera.
Untuk rekod, V mula melapor diri di kem latihan tentera pada 11 Disember 2023 dan dijangka tamat latihan pada 10 Jun 2025.
Kumpulan K-Pop sensasi itu, dijangka akan membuat kemunculan semula selepas Jun 2025, selepas ahli muda mereka iaitu Jungkook dan Jimin tamat latihan. – Agensi