Perubahan fizikal anggota kumpulan BTS iaitu V menjadi bualan hangat peminat apabila dia kelihatan lebih berotot setelah menyertai kem latihan tentera.
Ada yang berpendapat V atau Kim Taehyung, 29, kini memiliki dada yang semakin bidang dan bahu lebih tegap berbanding sebelum ini, kongsi mStar.
Warganet kagum melihat penampilan penyanyi itu hasil dari kerja keras dan disiplin yang ditunjukkan semasa menjalankan latihan.
“Saya selalu tengok badan kurus V tapi sekarang sejak berotot, dia nampak lebih kacak. Walaupun dah semakin berotot tapi V tetap nampak comel,” ujar warganet.
Terbaharu, V dilaporkan membuat penampilan istimewa menyaksikan perlawanan bola sepak antara Gangwon FC bertemu Seoul FC pada Ahad.
Penyanyi berkenaan dilihat menonton perlawanan tersebut bersama rakan tentera lain bagi mengisi masa lapang mereka. – Agensi
